DUBAI: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pembangunan dua kabel bawah laut khas ke Semenanjung Malaysia dan Singapura untuk menyalurkan tenaga hidrokuasa sedang dalam perbincangan bagi memperluas penggunaan tenaga boleh baharu.
"Kami kini sedang berunding dengan kerajaan Persekutuan. Namun, persoalan pertama adalah sama ada kita mempunyai tenaga lebihan.
"Buat masa ini, kami memiliki tenaga lebihan yang boleh dikongsi dengan negara jiran. Kini, kami sedang berbincang dengan Singapura yang telah dipersetujui oleh kedua-dua perdana menteri (baru-baru ini)," katanya kepada pemberita selepas melawat Pavilion Malaysia pada Persidangan ke-28 Pihak-Pihak (COP28) Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) di sini.
Abang Johari berkata terdapat teknologi lebih baik bagi kabel bawah laut yang lebih murah, namun kompetitif bagi memastikan projek itu dapat direalisasikan.
Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan sebarang tempoh masa yang tertentu.
Kerajaan negeri sedang berusaha meluaskan kapasiti tenaga hidro untuk menjana 20 gigawatt (GW) tenaga, katanya.
Selain itu, beliau berkata pada masa ini kerajaan negeri juga berusaha menambah baik langkah menjana tenaga hidro menggunakan kaedah empangan lata berbanding takungan yang lebih sesuai untuk alam sekitar.
"Langkah ini telah dilaksanakan di Sweden dan ia telah mengeksport 40GW tenaga ke Eropah.
"Apa yang ingin kami lakukan pada masa ini adalah berkongsi dengan kawasan berhampiran, yang mana di peringkat domestik, pastinya dengan Malaysia. Selepas itu dengan Singapura dan Indonesia, dengan kami berkongsi satu projek hidro dengan Indonesia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 05 2023
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pembangunan dua kabel bawah laut khas ke Semenanjung Malaysia dan Singapura untuk menyalurkan tenaga hidrokuasa sedang dalam perbincangan bagi memperluas penggunaan tenaga boleh baharu. -BERNAMA
Pameran alatan media lama, sejarah media Sarawak antara tarikan di HAWANA 2024
Antara bahan yang akan dipamerkan ialah peralatan media lama yang popular pada zamannya seperti kamera lama, radio lama, alat rakaman, kamera video.
Biden selar waran tangkap ICC terhadap Netanyahu, menteri Israel
Biden turut menyifatkan permohonan pendakwa raya ICC untuk keluarkan waran tangkap terhadap pemimpin Israel sebagai keterlaluan.
Pembatalan permit persembahan Sharul Channa ambil kira laporan polis video berkait isu 3R
Terdapat sejumlah laporan polis diterima berkait video lama oleh pelawak dari Singapura itu, yang dimuat naik semula baru-baru ini.
Lelaki rentung dalam kebakaran rumah flat di Damansara Damai
JBPM Selangor menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran melibatkan kediaman mangsa berusia lingkungan 40-an itu pada 8.58 malam tadi.
17 maut, 8 cedera kenderaan terjunam ke dalam gaung di Chhattisgarh, India
Pegawai berkata kenderaan pikap itu membawa 25 pekerja yang pulang selepas memetik daun tendu dari kawasan hutan.
Iran akan adakan perarakan jenazah Raisi di Tabriz pada Selasa
Hosseini berkata jenazah Raisi dan mangsa-mangsa lain nahas helikopter itu disimpan di tanah perkuburan Tabriz pada Isnin malam.
Usia emas bukan penghalang sertai sukan lasak
Yee Sze Mun membuktikan bahawa usia 86 tahun bukan penghalang bagi seorang individu menyertai perlumbaan sukan lasak Ironman.
RISDA saran pemilik tanah sertai tanaman semula getah berkelompok
Menerusi TSB, pekebun kecil dapat menikmati pelbagai manfaat termasuk bantuan teknikal, sokongan kewangan dan akses kepada teknologi moden.
TERAJU akan wujudkan dana RM1 bilion bantu perusahaan Bumiputera
Dana yang menggunakan kaedah leveraj dan penggandaan itu akan dilaksanakan dengan sokongan rakan usaha sama.
Malaysia teroka tenaga solar di kawasan tadahan air
Malaysia sedang teroka cara untuk mengoptimumkan kawasan tadahan air bagi menjana tenaga solar tanpa menjejaskan alam sekitar dan kualiti air.
Premier Sarawak pertimbang dua projek kabel bawah laut khas ke Singapura, Semenanjung Malaysia
Abang Johari berkata terdapat teknologi lebih baik bagi kabel bawah laut yang lebih murah, namun kompetitif bagi memastikan projek itu dapat direalisasikan.